Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rosey ketika memeriahkan Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang 2024 di Kampung Tegarai. Foto TVS

Pastikan anak Sarawak mendapat pendidikan awal kanak-kanak

LIMBANG, 4 Ogos: Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak terus memastikan anak Sarawak mendapat pendidikan awal dengan menyediakan kemudahan dan institusi pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar serta pedalaman.

Timbalan Menterinya Datuk Rosey Yunus berkata, hasrat itu penting memandangkan Sarawak belum mencapai seratus peratus pelajar Tahun Satu yang memasuki pendidikan awal kanak-kanak.

Menurutnya, berdasarkan rekod kehadiran pelajar Tahun Satu, peratusan yang mengikuti pendidikan awal kanak-kanak iaitu tadika atau pra sekolah sekitar 98.71 peratus.

“Kerajaan melalui kementerian kami sedaya upaya mengenal pasti tempat yang tiada akses kepada pendidikan awal kanak-kanak dan kalau itu menjadi keperluan, maka kita akan membangunkan SEDIDIK.

“Itu yang pertama sebab pendidikan awal kanak-kanak penting untuk menyediakan anak kita ke dunia lebih luas iaitu Tahun Satu,” katanya ketika berucap pada Perasmian Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang 2024 di Kampung Tegarai hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Rosey menambah, kementeriannya mendapati masih ada kawasan di wilayah ini yang tidak mempunyai institusi pendidikan awal kanak-kanak sama ada di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) atau melalui Jabatan Perpaduan.

Beliau meminta semua pihak termasuk ketua masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada wakil rakyat untuk memohon sekurang-kurangnya satu kelas pendidikan awal kanak-kanak.

Langkah itu menurutnya bagi mengelak anak-anak tercicir daripada mendapatkan pendidikan awal kanak-kanak yang penting bagi mendedahkan mereka dengan dunia lebih luas iaitu Tahun Satu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan