Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia selepas tewas menentang pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam acara separuh akhir badminton lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, di Arena Porte De La Chapelle hari ini. Foto, Bernama.

Paris 2024: Zii Jia tewas kepada Kunlavut

ByBernama

PARIS, 4 Ogos: Harapan menggenggam pingat emas pertama daripada kem badminton Malaysia terkubur di Olimpik Paris 2024.

Pemain perseorangan profesional negara Lee Zi Jia tumpas 14-21, 15-21 kepada juara dunia Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pada separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena hari ini.

Zii Jia berusia 26 tahun dan Kunlavut, 23, bertarung sengit pada awal perlawanan, sebelum pemain Thailand itu melepaskan pukulan smash “berbisanya”.

Kunlavut terus menguasai gelanggang pada perlawanan kedua, manakala cubaan Zii Jia untuk mengejar tidak kesampaian selepas pertarungan selama 50 minit.

Zii Jia mara ke separuh akhir selepas menewaskan pemain nombor tiga dunia Anders Antonsen dari Denmark 21-17, 21-15 pada Jumaat, sementara Kunlavut mengejutkan pemain nombor satu dunia dari China, Shi Yu Qi dengan kemenangan straight set 21-12, 21-10.

Semasa penampilan sulungnya pada temasya Tokyo 2020, Zii Jia tewas kepada juara China, Chen Long pada peringkat 16 terakhir.

Tiada pemain badminton Malaysia berjaya melepasi separuh akhir Olimpik bagi edisi kedua berturut-turut, sejak memenangi tiga pingat perak pada edisi Rio 2016.

Di Paris 2024, Malaysia mempunyai tiga wakil ke separuh akhir, namun tiada yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik kalah kepada pilihan utama dari China Liang Wei Keng-Wang Chang, manakala beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah dikecewakan pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang juga pilihan utama. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan