Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika/Taska Kemas Parlimen Kota Samarahan di Kota Samarahan pada Ahad. Foto TVS

Modul pembelajaran stream pupuk minat pelajar terhadap STEM

KOTA SAMARAHAN, 4 Ogos: Modul pembelajaran pintar stream merupakan langkah memupuk minat kanak-kanak seawal usia lima tahun untuk meminati bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan tambahan bidang seni serta nilai keagamaan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata perkara ini merupakan sesuatu yang penting bukan sahaja untuk nilai tambah terhadap pendekatan pendidikan yang dibawa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) tetapi mencorak masa depan kanak-kanak.

Menurutnya, walaupun sasaran dan fokus ditetapkan namun kaedah pengajaran yang diterapkan kepada kanak-kanak tabika bersifat interaktif seperti permainan.

“Tetapi kita juga menekankan modul stream pada masa ini yang mana ia amat penting seperti pendedahan bidang sains, teknologi, kejuruteraan, keagamaan, seni dan matematik seperti pelajar darjah satu,” katanya.

Beliau berucap semasa Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika/Taska Kemas Parlimen Kota Samarahan di Kota Samarahan pada Ahad.

Tambahnya, maklumat tentang sistem pendidikan terkini perlulah diketahui ibu bapa agar perkara ditekankan di sekolah dapat diamalkan di rumah.

Ujarnya, usaha mendidik kanak-kanak di tabika atau taska bukan tanggungjawab penuh guru tetapi usaha bersama ibu bapa.

Sementara itu, beliau berkata, program Tabika Pra Tahfiz Kemas merupakan elemen tambahan kepada pembelajaran stream.

Tambahnya, sebarang kerisauan atau masalah mengenai isu agama tidak perlu wujud kerana bukan Islam mengikuti pembelajaran pendidikan moral.

“Tabika tahfiz ini sebenarnya elemen tambahan kepada stream sedia ada,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan