Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang bergambar bersama-sama penerima geran Parlimen P197 Kota Samarahan. Foto Pusat Khidmat Parlimen P197 Kota Samarahan

Manfaatkan sebaik mungkin geran kerajaan

KOTA SAMARAHAN, 4 Ogos: Penerima geran kerajaan perlu memanfaatkan peruntukan tersebut sebaik mungkin, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.

Beliau berkata, geran yang diberikan adalah untuk membantu organisasi menjalankan aktiviti termasuk program meningkatkan penglibatan masyarakat di sesuatu kawasan.

“Kita berharap peruntukan ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan dalam melakukan aktiviti di kawasan masing-masing.

“Jadi, gunakan dana yang disalurkan kerajaan sebaik mungkin demi kebaikan dan masa depan persatuan, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program penyerahan Geran Peruntukan Khas Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan 2024 (Fasa 2) di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pusat Khidmat P197 Kota Samarahan, semalam.

Katanya, geran tersebut disalurkan kepada kelab berdaftar, gereja, surau dan masjid dengan matlamat utama memastikan aktiviti dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar serta berkesan.

“Saya berharap geran khas ini dimanfaatkan sebaik mungkin, memberikan kemudahan dan keselesaan dalam melaksanakan program yang dirancang demi kesejahteraan dan keharmonian komuniti kita,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan