Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Wilson Ugak Kumbong ketika ditemui media selepas perasmian program Jelajah Komuniti Digital di SMK Kapit. Foto Madeline (TVS)

Makmal Digital SMK Kapit dilengkapi teknologi terkini

ByMadeline Dugat

KAPIT, 4 Ogos: Penubuhan Makmal Digital Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit yang dilengkapi teknologi terkini  akan meningkatkan nilai tambah pelajar, malah memupuk bakat digital di kalangan pelajar.

Menurut Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, usaha ini sejajar dengan hasrat kementerian dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ICT, latihan digital, pengkomputeran awam dan juga aspek kerjaya dalam sektor digital.

“Terima kasih kepada Alibaba Cloud dari Kuala Lumpur telah datang ke SMK Kapit melengkapi 10 komputer tadi dengan teknologi terkini.

“Sebab itu, saya bawa (Alibaba Cloud) datang ke SMK Kapit yang merupakan salah satu sekolah luar bandar di Malaysia bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan semua kemajuan teknologi yang dilaksanakan kerajaan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas perasmian Jelajah Komuniti Digital di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit, pada Sabtu.

Katanya, kerajaan juga menekankan penyediaaan kemudahan infrastruktur IT yang lebih baik, pemerkasaan pengkomputeran awam dan latihan digital bagi membangun bakat masa depan dalam ekonomi digital.

Sementara itu, Pengetua SMK Kapit, Jerry Lias berkata, pemilihan SMK Kapit sebagai tempat pelaksanaan program memberi satu kelebihan, ini akan dapat merapatkan jurang digital seterusnya membolehkan pendidikan digital dilaksanakan dengan jayanya.

“Program yang dijalankan amat penting untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam transformasi digital selaras dengan dasar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi melalui pengiktirafan infrstruktur teknologi termasuk teknologi digital dan kesediaan bakat berkualiti sebagai modal insan terutama dalam bidang Sains, Teknologi , Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan