Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 45 tahun cedera parah pada beberapa bahagian badan selepas diserang rakannya di sebuah rumah di Ayer Kuning Selatan di sini awal pagi tadi. Foto Bernama

Lelaki cedera parah diserang rakan akibat selisih faham

ByBernama

TAMPIN, 4 Ogos: Seorang lelaki berusia 45 tahun cedera parah pada beberapa bahagian badan selepas diserang rakannya di sebuah rumah di Ayer Kuning Selatan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung insiden berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi.

Beliau berkata susulan itu, seorang lelaki berumur 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Pergaduhan berpunca daripada selisih faham tentang urusan pekerjaan. Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian bahu, perut, kaki dan belakang badan. Mangsa kini menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tampin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan