Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui media selepas Majlis Pelancaran Biografi Gabenor Pertama Sarawak, Tun Openg, di Hikmah Exchange Event Centre Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Kerajaan Sarawak pertimbang permintaan kuarters jururawat bersejarah di Kuching dipelihara

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 4 Ogos: Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan permintaan Persatuan Warisan Sarawak (SHS) supaya kuarters jururawat berhampiran Hospital Umum Sarawak (HUS) tidak dirobohkan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya akan mengkaji nilai sejarah bangunan itu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Sarawak bersedia guna dana sendiri tingkat pembangunan infrastruktur Pos Tebedu – Entikong

“Saya tidak pasti sama ada ia seperti pejabat pos, balai polis atau (Sekolah Jenis Kebangsaan) Chung Hua No.4 yang telah diisytiharkan sebagai bangunan warisan.

“Kita akan lihat sama ada ia mempunyai nilai sejarah kerana bangunan itu untuk melatih jururawat sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Pelancaran Biografi Gabenor Pertama Sarawak, Tun Openg di HIKMAH Exchange Event Centre (HEEC) di sini, hari ini.

Turut hadir, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Kebebasan kewangan, pendidikan fokus utama Kerajaan Sarawak

SHS hari ini meminta campur tangan Abang Johari bagi menghentikan rancangan merobohkan kuarters itu yang terletak di persimpangan Jalan Crookshank dan Jalan Tun Abang Haji Openg.

Presidennya Rosemarie Wong Jabu berkata, SHS menyedari hasrat untuk menggunakan semula kuarters jururawat sebagai kolam takungan air untuk membantu tebatan banjir di kawasan sekitar HUS.

Jelas beliau tidak ada keperluan untuk merobohkan kuarters jururawat itu kerana elemen hadapan bangunan itu boleh dipelihara dengan baik malah strukturnya masih kukuh. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan