Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pelancaran Biografi Gabenor Pertama Sarawak, Tun Openg di HIKMAH Exchange Event Centre (HEEC) di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Kebebasan kewangan, pendidikan fokus utama Kerajaan Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 4 Ogos: Kebebasan kewangan dan pendidikan merupakan perkara ditekankan pentadbiran Kerajaan Sarawak selepas mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di negeri ini sebelum mengecapi kemerdekaan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, beliau memberi perhatian khusus kepada dua perkara itu sebaik sahaja dilantik menjadi ketua menteri pada 2017 dengan mengingati pesanan arwah bapanya yang juga Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama, Tun Abang Openg Abang Sapiee yang menekankan kepentingan ekonomi dan pendidikan.

“Arwah berkata, waktu anti – cessation sebab mengapa Sarawak terpaksa diserah kepada koloni kerana kedudukan kewangan kita tidak dapat mentadbir negeri ini jika merdeka.

“Kita tidak mempunyai sumber mencukupi terutama sekali selepas perang dunia, kalau kita tidak cukup dari sudut kedudukan kewangan, adalah susah untuk kita melaksanakan apa yang harus kita beri kepada rakyat.

“Saya belajar mengenai perkara itu iaitu kebebasan kewangan. Sebab itu apabila diberi peluang untuk mentadbir, saya perkukuhkan kewangan negeri. Apabila kewangan kita berada dalam kedudukan baik, maka kita dapat membantu rakyat.

“Saya belajar dua perkara daripada arwah iaitu pendidikan dan kemantapan ekonomi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Biografi Gabenor Pertama Sarawak, Tun Openg di HIKMAH Exchange Event Centre (HEEC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan-timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Mengenai pendidikan, Abang Johari berkata, aspek itu dititik beratkan dalam pentadbirannya bagi memastikan anak Sarawak mempunyai masa depan lebih cerah.

“Pendidikan kita tekankan kepada anak Sarawak supaya berilmu seperti arwah (Tun Openg) yang bekerja sambil belajar.

“Kita hendaklah beri pendidikan secukupnya untuk masa depan lebih baik, sebab itu kita buat keputusan beri pendidikan percuma kepada anak Sarawak di peringkat universiti,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan