Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Hamas, Ismail Haniyeh, terbunuh dalam satu serangan di ibu kota Iran, Tehran bersama seorang pengawal peribadinya, menurut Pengawal Revolusi Iran pada Rabu. Foto AFP

Hamas mulakan proses rundingan pilih pengganti Haniyeh

ByBernama

GAZA CITY, 4 Ogos: Hamas pada Sabtu mengumumkan bahawa kepimpinannya memulakan proses untuk memilih ketua biro politik yang baharu selepas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran.

“Susulan kematian pemimpin kami (Haniyeh), kepimpinan pergerakan memulakan proses rundingan dalam kalangan kepimpinan dan institusi penasihatnya bagi memilih ketua baharu untuk pergerakan ini,” Anadolu memetik kenyataan Hamas.

Menurut kenyataan itu, pembunuhan Haniyeh akan hanya menjadikan Hamas dan penentangan Palestin lebih kuat dan lebih berazam untuk meneruskan tindakannya.

Hamas berkata pihaknya akan mengumumkan hasil rundingan sebaik sahaja selesai.

Haniyeh dibunuh pada awal Rabu selepas menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

Pengawal peribadi Haniyeh turut terbunuh dalam kejadian itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan