Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong merasmikan makmal digital SMK Kapit yang dilengkapi teknologi terkini. Foto Madeline (TVS)

AI tingkat keupayaan tenaga kerja, sektor kesihatan

ByMadeline Dugat

KAPIT, 4 Ogos: Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mampu mengubah landskap kehidupan dan cara kerja manusia menjadi lebih mudah dan efesien, demikian menurut Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Timbalan Menteri Digital itu berkata, penerapan AI dalam bidang perubatan bukan sahaja membawa pelbagai kelebihan malah mampu menganalisis data dengan pantas dan diagnosis lebih tepat.

“Kalau kita lihat perbezaan dari aspek penjagaan kesihatan kita di hospital, kini AI telah menjadi satu revolusi perubatan yang pantas dalam mengesan penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas perasmian Jelajah Komuniti Digital di SMK Kapit pada Sabtu.

Selain itu, terang Ugak, penggunaan AI dapat membantu meningkatkan kemahiran tenaga kerja dalam sektor pekerjaan.

“Kini AI dapat membantu tenaga kerja (offshore) bagi pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh manusia.

“Kita boleh menerapkan penggunaan teknologi yang baharu dengan menggunakan robotik bagi menggantikan tugas yang tidak dapat dilakukan manusia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan