Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 63 buah rumah setinggan dirobohkan dalam operasi bersepadu di sekitar bandaraya ini sebagai usaha menghapuskan penempatan haram dan membanteras jenayah, semalam. Foto Polis Daerah Kota Kinabalu

63 rumah setinggan diroboh dalam operasi bersepadu di Kota Kinabalu

ByBernama

KOTA KINABALU, 4 Ogos: Sebanyak 63 buah rumah setinggan dirobohkan dalam operasi bersepadu di sekitar bandaraya ini sebagai usaha menghapuskan penempatan haram dan membanteras jenayah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kassim Muda berkata 13 pendatang tanpa izin turut ditahan dalam operasi itu.

“Perobohan ini bukan sahaja bertujuan menghapuskan penempatan haram, tetapi juga untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi itu melibatkan pelbagai agensi antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd.

Kassim berkata operasi seperti itu akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha membanteras jenayah, penyalahgunaan dadah, pendatang tanpa izin dan gejala sosial. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan