Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar teruja apabila berpeluang melihat dan menyentuh beberapa manuskrip asal ketika melawat Pusat Kajian Ben Youssef Madrasa ketika kunjungan ke Kota Marrakesh pada Rabu. Foto Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (FB)

TYT Sarawak berkunjung ke Ben Youssef Madrasa, Universiti Al-Qarawiyyin di Maghribi

ByMuqri Aziz

KUCHING, 3 Ogos: Selepas bercuti di London, United Kingdom bersama keluarganya baru-baru ini, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak melepaskan peluangnya untuk berkunjung ke Ben Youssef Madrasa dan Universiti Al-Qarawiyyin di Maghribi.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Astana Negeri hari ini, Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi telah dijemput ke Pusat Kajian Ben Youssef Madrasa yang terletak di Kota Marrakesh pada 31 Julai lalu dan berpeluang untuk melihat beberapa buah manuskrip asal.

Pada keesokan harinya, Wan Junaidi serta isteri juga tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Universiti Al-Qarawiyyin yang merupakan universiti tertua di dunia di Kota Fez untuk melihat pameran manuskrip di Perpustakaan Al-Qarawiyyin yang merupakan sebahagian daripada universiti tersebut.

Menariknya, Universiti Al-Qarawiyyin telah diiktiraf sebagai universiti tertua oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Guinness World Records dan perpustakaan di universiti tersebut masih beroperasi sehingga kini sejak Universiti Al-Qarawiyyin dibuka pada tahun 859.

“Institusi ini telah diasaskan oleh Fatima El-Fihriya pada tahun 859 di sekitar tahun yang sama di mana algebra dicipta,” katanya.

Sungguhpun beliau serta keluarganya mengambil cuti seketika setelah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan, minatnya terhadap membaca buku serta mahu menimba ilmu tidak pernah ditinggalnya yang disifatkan amalan membaca itu seperti bak kata pepatah ‘membaca jambatan ilmu.’

“Bagi beliau, untuk memiliki ketinggian budi pekerti, berilmu pengetahuan dan sentiasa melahirkan buah fikiran bernas, membaca merupakan salah satu budaya yang sangat penting.

“Ia bukan sahaja memberi pengetahuan luas, malah ia adalah salah satu ibadah,” menurut hantaran itu.

Seusai berkunjung ke Ben Youssef Madrasa dan Universiti Al-Qarawiyyin, mereka turut berkesempatan melawat perpustakaan yang terletak di Hotel Palaise Faraj pada semalam (2 Ogos).

Pada 25 Julai lalu, Wan Junaidi telah mengambil keputusan untuk mengambil cuti singkat dan berlepas ke Kuala Lumpur dan United Kingdom dan ia merupakan percutian pertama beliau sejak dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 26 Januari lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan