Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin semasa melawat tapak Festival WAK Miri. Foto TVS

Tampilkan idea kreatif baharu untuk mempromosi Miri

MIRI, 3 Ogos: Belia dan generasi muda digalakkan menampilkan idea kreatif baharu yang dapat mempromosikan Miri kepada pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata ini kerana setiap tempat di Sarawak mempunyai keunikan tersendiri.

Menurutnya, Miri yang memiliki dua tapak warisan UNESCO selain kepelbagaian kumpulan etnik yang bermastautin di bahagian berkenaan mempunyai tarikan menarik.

“Saya ingin melihat lebih ramai anak muda tampil dengan idea kreatif baharu dan melihat bagaimana mereka boleh mempromosikan Sarawak secara keseluruhannya khususnya di Miri. Ini kerana setiap tempat mempunyai tarikan, sebagai contoh Kuching unik dari segi budaya manakala Miri ada dua tapak warisan UNESCO, laut dan pantai.

“Kita juga mempunyai hampir semua kumpulan etnik di Sarawak di Miri. Jadi kita mempunyai pelbagai budaya di sini dan boleh mempromosikannya supaya orang yang mempunyai minat berbeza boleh memilih tempat yang mereka ingin datang di Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian semasa ditemui media di Festival What About Kuching (WAK) Miri Di Coco Cabana pada Sabtu.

Kim Shin dalam pada itu turut berharap melalui acara yang dianjurkan oleh golongan belia akan menarik kedatangan pengunjung, meningkatkan penglibatan masyarakat setempat serta menggalakkan kreativiti dalam kalangan generasi muda dan pelancongan tempatan.

Katanya, dengan Lebuh raya Pan Borneo yang hampir siap akan memudahkan orang ramai untuk melakukan perjalanan dari bandar ke bandar sekali gus menambah baik ketersambungan di Sarawak.

Bagi menggalakkan orang ramai datang dan mengenali Miri dengan lebih mendalam, beliau mencadangkan supaya What About Miri (WAM) diperkenalkan pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan