Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Melalui SUKMA, Sarawak telah banyak melahirkan atlit-atlit bagi mewakili Malaysia sama ada Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel atau Sukan Olimpik. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

SUKMA 2024: Insentif menanti atlet Sarawak yang berjaya rangkul pingat emas

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 3 Ogos: Kerajaan Sarawak akan memberikan insentif kepada atlet dari negeri ini yang cemerlang memenangi pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang bakal membuka tirainya pada 17 Ogos ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagaimanapun berkata, jumlah insentif yang akan diberikan akan diumumkan selepas mesyuarat bersama kabinet kerajaan negeri.

“Memang kita (Kerajaan Sarawak) akan beri insentif, saya akan bincang dengan kabinet untuk memberikannya kepada mereka yang menang pingat emas.

“Saya tidak mahu dedahkan sekarang, nanti ada negeri yang tersinggung, kita akan maklumkan kemudian, kalau tidak setara, maknanya ia lebih baik (bertambah),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan bendera Ibu Pertiwi kepada Ketua Kontinjen SUKMA Sarawak di sebuah hotel di Kuching, hari ini.

Sebelum ini beberapa negeri telah mengumumkan pemberian insentif kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas, antaranya Melaka dan Perak dengan masing-masing menawarkan RM5,000.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, atlet Sarawak yang cemerlang dalam temasya itu bukan sahaja akan mengangkat martabat negeri ini, malah negara juga.

“Sekiranya kita (atlet) kuat (berjaya), kita bukan sahaja angkat Ibu Pertiwi tetapi Jalur Gemilang juga, misalnya seperti Bonnie Bunyau Gustin yang menang di Komanwel, pada ketika itu Jalur Gemilang dinaikkan dengan disokong oleh Ibu Pertiwi di belakang beliau,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mendedahkan, bagi memantapkan persiapan SUKMA 2024, kerajaan negeri telah menghantar atlet Sarawak berlatih di luar negara melibatkan beberapa acara.

“Kita hantar atlet kita di luar negara, walaupun kosnya tinggi, tetapi kerajaan negeri tanggung. Ada yang dihantar di Korea, Thailand dan sebagainya, tidak mengapa asalkan standard anda (atlet) seperti negara luar juga,” katanya.

Untuk rekod, Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam SUKMA edisi ke-21 ini. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan