Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Kestuan Guru Sarawak (STU), Kullin Djayang

STU sokong pengambilan guru anak tempatan isi kekosongan guru

KUCHING, 3 Ogos: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyokong langkah Kerajaan Sarawak untuk membuat pengambilan guru pelatih di kalangan anak tempatan bagi membuka peluang pekerjaan kepada semua yang mempunyai ijazah.

Presidennya, Kullin Djayang berkata, dengan pengambilan lebih ramai guru pelatih secara tidak langsung akan menambahkan lagi bilangan guru bagi mengisi kekosongan guru yang agak kritikal ketika ini, selain boleh mengurangkan kadar pengangguran.

“Kita juga berharap pemilihan calon guru pelatih akan dijalankan dengan berhati-hati dan haruslah memilih mengikut beberapa kriteria penting iaitu berdasarkan kekosongan subjek, mempunyai minat sebagai guru serta sanggup berkhidmat di mana-mana sahaja di seluruh negeri.

“Pemilihan calon guru pelatih juga harus berdasarkan merit yang lebih baik dalam kalangan pemohon demi menjaga kualiti profesion perguruan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, STU juga sangat setuju dengan cara penempatan guru terlatih nanti yang mengutamakan daerah setiap pemohon agar tidak berlaku penolakan penempatan.

“Kita berharap kerajaan belajar daripada kesilapan seperti itu dalam menguruskan penempatan guru terlatih. Selain berlaku penolakan, kebaikan mengajar di daerah sendiri ialah mudah bagi guru tersebut mengadaptasikan dengan keadaan dan budaya dalam masyarakat tempatan mereka sendiri.

“Mereka juga boleh menjadi seorang guru yang hebat dan sentiasa berkhidmat untuk anak bangsa sendiri.Kita juga berharap pihak kerajaan negeri akan meneruskan usaha ini pada tahun- tahun yang akan datang sehinggalah masalah kekurangan guru dapat diatasi sepenuhnya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan