Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SIBOFEST 2024 diadakan pada 17 hingga 20 September 2024 di Lodge Secondary School, Kuching. Foto: The Band Lab

SIBOFest 2024 berlangsung 17 hingga 20 September

KUCHING, 3 Ogos: Bandar raya Kuching akan menjadi tuan rumah edisi sulung Festival Band dan Orkestra Antarabangsa Sarawak (SIBOFest) 2024 yang bakal diadakan pada 17 hingga 20 September ini di Lodge Secondary School dengan bertemakan ‘Music, Culture, and Friendship.’

Persatuan Wind Okestra Kuching (The Band Lab) menerusi satu kenyataan media baru-baru ini berkata penganjuran buat kali pertama itu bertujuan meluaskan akses kepada pendidikan muzik serta meningkatkan pembangunan profesional pemuzik dan pendidik melalui siri bengkel dan kelas berkualiti tinggi.

SIBOFest 2024 akan menampilkan beberapa kumpulan muzik terkemuka seperti Aikodai Meiden High School Symphonic Band dari Jepun yang pernah memenangi 17 pingat emas pada Pertandingan Pancaragam Se-Jepun.

“SIBOFest 2024 turut menyasarkan penglibatan komuniti melalui aktiviti pendidikan yang tertumpu kepada tradisi dan budaya tempatan. Pada masa sama mempamerkan warisan budaya Sarawak yang kaya melalui susunan dan aktiviti muzik pelbagai, meraikan dan memelihara identiti budaya unik rantau ini.

“Ia juga akan merangkumi bengkel Kamek Komuniti yang mana peserta boleh belajar memasak makanan tempatan dan mempersembahkan tarian tradisional Sarawak serta sesi Kembara Borneo yang melibatkan peserta dalam aktiviti yang menawarkan pengalaman langsung kehidupan tempatan di bandaraya ini,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, festival itu turut menampilkan Sensei Hiroki Ito yang merupakan konduktor band dan orkestra yang berpusat di Singapura, Philharmonic Winds of Malaysia dan Euroasia Association of Performing Arts.

Pada kemuncak festival berkenaan, Konsert Gala Akhir akan dianjurkan bagi mempamerkan bakat pemuzik tempatan dan antarabangsa dengan menampilkan Yeo Chow Shern yang merupakan komposer tempatan terkenal serta Keigo Makino yang akan menampilkan tema lagu SIBOFest yang diilhamkan daripada muzik etnik Sarawak.

Festival itu menurut The Band Lab terbuka kepada orang ramai dan untuk makluman lanjut, boleh layari ke https://thebandlab.com/sibofest/. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan