Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai 1 tingkat (struktur tidak kekal) berkeluasan 50x30 kaki persegi telah musnah 100 peratus. Foto: Bomba

Rumah musnah terbakar, sembilan penghuni hilang tempat berteduh 

ByFarah Diyana Samsuddin

MUKAH, 3 Ogos: Seramai sembilan orang hilang tempat berteduh termasuk tiga orang kelainan upaya (OKU) dan dua kanak-kanak selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kuala Balingian, Mukah awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan 2.35 pagi.

“Setibanya di lokasi kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai 1 tingkat (struktur tidak kekal) berkeluasan 50×30 kaki persegi telah musnah 100 peratus,” katanya.

Menurutnya bomba bertindak memadam sisa kebakaran menggunakan pam angkut satu aliran 100 kaki, sumber air terbuka yang berdekatan.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya menurut kenyataan hari ini.

PGO berkata dua anggota polis turut membantu di lokasi dan operasi tamat pada 4.48 pagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan