Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedua-dua mempelai bersanding di panggung di Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Haji Ahmad Urai di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Pameran Majlis Persandingan Melayu Sarawak ketengahkan adat dan tradisi perkahwinan terdahulu

KUCHING, 3 Ogos: Penganjuran pameran Majlis Persandingan Melayu Sarawak oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) dapat mengimbau semula serta mempamerkan adat istiadat Orang Melayu di Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai.

Kediaman tersebut juga bertepatan dengan tema persembahan budaya Melayu Sarawak memandangkan seni bina dan reka bentuk rumah yang kaya dengan hasil ketinggian kemahiran seni kraf pada masa dahulu.

Setiausaha Agong PKMS, Ahmad Zainuddin Drahman berkata, tujuan mereka mengadakan pameran tersebut bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang adat istiadat perkahwinan terdahulu yang berbeza dengan pada masa kini.

“Kita ingin memperkenalkan kepada masyarakat dan kepada anak-anak muda terutama bagaimana persandingan Melayu yang tradisi di mana beza dengan sekarang kita melihat.

“Kalau kita melihat sekarang di majlis perkahwinan yang diadakan di dewan pengantin datang sekali tapi sebenarnya adat dahulu pengantin perempuan menunggu di pelamin yang dipanggil sebagai panggung dalam bahasa Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita di Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Haji Ahmad Urai di Kuching pada Sabtu.

Tambahnya, pihak PKMS turut berusaha sebaik mungkin untuk memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan warisan dalam rumah tersebut bagi tujuan mengumpul dana.

“Dana tersebut pula akan digunakan untuk kerja-kerja pengelenggaraan bagi memastikan rumah tersebut senantiasa dalam keadaan yang utuh dan baik. Sebenarnya rumah ini akan digunakan bagi berbagai program masyarakat Melayu sini terutama majlis perkahwinan.

“Mereka akan mendapat dana daripada majlis tersebut untuk kekalkan bangunan tersebut sebab PKMS akan cuba mengadakan seberapa banyak program warisan di sini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan