Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara pengkarya seni yang mengambil bahagian dalam MAF'24 merakamkan gambar kenangan bersama Pegawai Daerah Miri Siti Rohanie Yusuf di Pullman Miri Waterfront. Foto Jazni Hanif (TVS)

MAF’ 24 tampilkan seni kontemporari ikut arus teknologi

BySalasiah Safian

MIRI, 3 Ogos: Festival Seni Miri (MAF) yang buat julung kali diadakan tahun ini wajar dijadikan sebagai aktiviti tahunan di Miri.

Residen Bahagian Miri Jamalie Busri berkata, ia dapat menarik pengunjung dari seluruh Sarawak, Sabah, Brunei serta Semenanjung Malaysia untuk datang ke bandar minyak tersebut.

“Saya juga tertarik dengan usaha penganjur yang berjaya membawa seramai 18 pengkarya seni tersohor dari seluruh pelusuk dunia. Juga tidak dilupakan pengkarya seni tempatan dari Sarawak dan negeri-negeri lain di Malaysia.

“MAF juga menampilkan sisi seni kontemporari yang mengikut arus teknologi terkini dan memperkenalkan buat pertama kali karya seni yang menggunakan Augmented Reality dan Mixed Reality,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian Miri Arts Festival 2024 yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Miri, Siti Rohanie Yusuf di sini, hari ini.

Tambahnya, festival seni berprestij ini merupakan yang pertama diadakan di Sarawak.

Ia merupakan bukti pencapaian tertinggi bagi bidang seni yang diperkenalkan di MAF’24.

Beliau berharap agar MAF’24 dapat menjadi rujukan kepada pengkarya seni yang lain dalam usaha memajukan bidang seni ke tahap yang lebih tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan