Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy berucap merasmikan Program Advokasi Kanak-kanak: Kasih Kanak-Kanak di SMK Agama Sibu hari ini. Foto TVS

Kanak-kanak berhak mengetahui mengenai hak, perlindungan

SIBU, 3 Ogos: Kanak-kanak berhak mengetahui mengenai hak dan perlindungan mereka, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, penganjuran Program Advokasi Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak adalah landasan penting untuk perkongsian mengenai hak tersebut.

“Jadi sebab itu kita bersama polis dan pihak berkaitan terutama sekali yang menjalankan penguatkuasaan undang-undang melindungi kanak-kanak,

“Kita juga memberi peluang kepada kanak-kanak mengetahui apa yang perlu dilakukan apabila berlaku sesuatu kepada mereka atau kepada orang lain yang mereka kenali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sibu, pada Sabtu.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkata, penganjuran program itu adalah untuk meningkatkan kefahaman kanak-kanak tentang situasi yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan.

Sslain itu, ia juga memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa, penjaga, kanak-kanak atau komuniti apabila berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Katanya, masyarakat harus tahu tindakan yang perlu dilakukan jika terdapat kanak-kanak yang mengalami penderaan atau pengabaian

Menurutnya, sekiranya melihat sesuatu yang mencurigakan berkaitan kanak-kanak, laporkan segera kepada polis atau Talian Kasih di 15999 dan jangan hanya merakam video untuk dimuat naik di media sosial.

“Besar harapan kami di kementerian supaya kita bersama mencari penyelesaian tepat dalam mengatasi permasalahan sosial berkaitan kanak-kanak serta menjaga keselamatan dan melindungi mereka,

“Ia agar kita dapat mengekang peningkatan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak pada masa hadapan,” ujarnya.

Dalam pada itu, sekitar 200 pelajar SMK Agama Sibu terlibat dan mendapat pendedahan bermanfaat daripada program tersebut.

Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman dan Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili turut hadir.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan