Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi merakam gambar kenangan bersama-sama kanak-kanak selepas Majlis Penangguhan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Peringkat Zon 1 2024 di SK Bandar Baru Samariang hari ini.- Foto TVS

Ibu bapa bentuk perkembangan, kemahiran kanak-kanak

ByMahathir Haroun

KUCHING, 3 Ogos: Kecemerlangan pendidikan kanak-kanak memerlukan sokongan dan tunjuk ajar daripada ibu bapa dalam menempuhi setiap cabaran yang datang.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman berkata, ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak bermula awal usia bagi merangsang perkembangan dan kemahiran mereka.

Menurutnya, dengan cara tersebut, kanak-kanak boleh memupuk diri untuk lebih berdikari dan bermotivasi dalam mencapai kejayaan.

“Pertumbuhan kanak-kanak seharusnya dikembangkan dengan pelbagai potensi dan tidak sewajarnya terhad dalam aspek pencapaian akademik semata-mata.

“Sememangnya tidak dapat kita nafikan pencapaian kecemerlangan akademik sangat penting namun membekalkan mereka dengan sahsiah peribadi dan memberikan peluang kepada mereka menggilap potensi serta bakat terutama dalam bidang sukan amatlah digalakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Peringkat Zon 1 2024 di SK Bandar Baru Samariang hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga ADUN Pantai Damai menjelaskan, KEMAS turut memainkan peranan penting dalam menggilap bakat dan potensi kanak-kanak.

Sementara itu menurutnya, sukan merupakan kegiatan yang memerlukan kemahiran, ketangkasan dan tenaga sama ada untuk pertandingan atau mengisi masa lapang.

“Ia bukan sahaja penting bagi melahirkan kanak-kanak sihat tetapi membentuk mereka menjadi individu berfikiran positif, rasional, berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa,” ujarnya.-TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan