Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua maut manakala seorang lagi cedera parah selepas berlaku letupan bilik enjin sebuah kapal laut di kawasan perairan Samalaju, Bintulu, malam tadi. Foto JBPM

Dua maut, bilik enjin kapal laut meletup di Bintulu

BINTULU, 3 Ogos: Dua maut manakala seorang lagi cedera parah selepas berlaku letupan bilik enjin sebuah kapal laut di kawasan perairan Samalaju di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, mangsa yang maut dikenali Mohd Firdaus, 36, berasal dari Perak bekerja sebagai Pembantu Jurutera Kapal dan George,24, berasal dari Sibu Sarawak bekerja sebagai Oiler Kapal.

“Mangsa yang cedera parah ialah Ahmad Zahid, 22, berasal dari Sabah yang bekerja sebagai Oiler Kapal. Mangsa melecur 30 peratus di bahagian muka dan tangan ditahan di Zon Merah, Wad Kecemasan Hospital Nyabau bagi mendapat rawatan.

“Pihak polis menerima laporan berhubung kes ini jam 2 pagi tadi berkaitan kejadian dalam bilik enjin sebuah kapal laut milik sebuah syarikat yang mengakibatkan kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pada jam 10.40 malam semasa 16 anak kapal pekerja syarikat Icon Offshore berada di atas kapal Supply Amara, mereka dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat di bahagian bawah.

“Semua mangsa turun ke bahagian bawah mendapati bilik enjin berasap kuat dan pintu utama bilik enjin tercabut keluar akibat letupan tersebut.

“Setakat ini kes tidak menunjukkan unsur-unsur jenayah dan dikategorikan sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat, orang ramai dinasihatkan tidak- membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan