Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tomasdottir yang dilahirkan di Reykjavik pada 11 Oktober 1968, memenangi pilihan raya presiden Iceland yang diadakan pada 1 Jun. Foto fail AFP

Tomasdottir angkat sumpah sebagai Presiden baharu Iceland

ByBernama

HELSINKI, 2 Ogos: Presiden baharu Iceland Halla Tomasdottir mengangkat sumpah jawatan pada Khamis, menyeru orang ramai agar berwaspada terhadap penyelesaian yang mudah dan ekstrem susulan peningkatan konflik global semasa dan kepercayaan yang semakin berkurangan, lapor Xinhua.

Dalam ucapan sulung beliau di bangunan parlimen, Tomasdottir antara lain menekankan kemajuan negaranya dalam pendidikan, penjagaan kesihatan dan kemakmuran sepanjang 80 tahun lepas.

Beliau juga menegaskan kepentingan kesihatan mental dan sosial, bahaya manipulasi teknologi, dan keperluan untuk memupuk kepercayaan dan perpaduan bagi menghadapi cabaran akan datang.

Tomasdottir menyatakan keyakinannya bahawa Iceland, sebagai sebuah negara kecil namun bersemangat dan berani mempunyai kebijaksanaan dan cita-cita untuk memilih jalan yang lebih sederhana dalam dunia yang sukar.

Tomasdottir yang dilahirkan di Reykjavik pada 11 Oktober 1968, memenangi pilihan raya presiden Iceland yang diadakan pada 1 Jun.

Beliau menggantikan Gudni Th. Johannesson, yang berkhidmat sejak 2016 dan memilih untuk tidak bertanding semula. Beliau adalah wanita kedua yang memegang jawatan presiden Iceland. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan