Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri upacara pengebumian Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh pada Jumaat. Foto AFP

Timbalan Menteri Dalam Negeri wakili Malaysia hadir pengebumian Haniyeh di Qatar

ByBernama

PUTRAJAYA, 2 Ogos: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri upacara pengebumian Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh pada Jumaat.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri Shamsul Anuar akan diiringi oleh Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan pegawai-pegawai dari Kementerian Dalam Negeri.

Timbalan Menteri dan delegasinya akan menyertai solat jenazah di Masjid Imam Muhammad ibn Abd al-Wahhab di Doha selepas solat Jumaat.

Haniyeh akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Imam Penubuh di bandar Lusail.

Menurut kenyataan itu Malaysia menyatakan solidariti terhadap keluarga, kepimpinan, dan rakyat Palestin.

“Penderitaan dan pengorbanan rakyat Palestin yang tidak berbelah bahagi adalah epitome kehidupan Almarhum Ismail Haniyeh yang telah mengorbankan kehidupan keluarga, dan jiwanya dalam perjuangan menuntut kebebasan, keamanan dan keadilan ke arah usaha merealisasikan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka,” menurut kenyataan itu.

Media Iran melaporkan bahawa Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di utara Tehran, pada kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan, 31 Julai lepas.

Haniyeh berada di Tehran untuk majlis pelantikan Presiden yang baharu Iran Masoud Pezeshkian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan