Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raden Sigit Witjaksono menasihatkan pihak yang terbabit dalam kemalangan di Kalimantan Barat agar bermuafakat dalam mencari penyelesaian soal pampasan.

Selesai harmoni isu kemalangan bas dari Sarawak di Kalimantan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 2 Ogos: Isu berkaitan pampasan kepada mangsa kemalangan membabitkan sebuah bas milik syarikat pengangkutan dari Sarawak dan penduduk tempatan di laluan Kuching-Pontianak pada 7 Julai lalu wajar diselesaikan secara harmoni.

Konsul Jeneral Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono berkata tindakan mengganggu operasi bas berkenaan yang menggunakan laluan terbabit, wajar dielakkan, justeru beliau menasihatkan syarikat bas dan mangsa-mangsa terlibat agar berbincang secara baik mengenai pampasan.

“Ini harus diselesaikan secara kekeluargaan kerana kalau melihat kepada jangka panjangnya memandangkan ia membabitkan laluan harian pengangkutan awam berkenaan, maka sudah tentu ini akan merugikan syarikat bas itu sekiranya laluan dihalang akibat gangguan,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Dalam satu laporan berita di laman Dio-TV.com, warga tempatan di Sanggau, Kalimantan Barat mengancam syarikat bas berkenaan susulan kemalangan di laluan Kuching-Pontianak pada 7 Julai lalu.

Kemalangan tersebut menyebabkan lima mangsa yang merupakan penduduk tempatan cedera parah manakala sebuah kenderaan pikap rosak.

Menurut Raden lagi, pada masa ini kedua-dua pihak masih dalam perbincangan menerusi peguam masing-masing.

“Saya difahamkan mereka (mangsa) meminta 130 juta rupiah sebagai pampasan tetapi setelah saya menyemak semula sebenarnya 50 juta rupiah sudah cukup.

“Saya sudah sampaikan maklumat ini kepada pihak pengurusan syarikat bas itu dan mereka memilih untuk berkomunikasi menerusi peguam,” jelasnya.

Media melaporkan bahawa warga tempatan di Kabupaten Sanggau, Provinsi Kalimantan Barat, mengugut syarikat bas berkenaan agar menyelesaikan pampasan dalam tempoh 1 dan 6 Ogos ini.

Menurut laporan itu juga, sekiranya gagal diselesaikan sebelum 6 Ogos 2024, semua pengangkutan awam syarikat itu yang melintas di wilayah tersebut akan disekat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan