Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nafuzi Zain menggesa pemain KDA FC mempamerkan aksi luar biasa untuk layak ke final Piala FA

Pemain KDA FC perlu pamer aksi luar biasa

ByTVS

ALOR SETAR, 2 Ogos: Biarpun beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir Piala FA kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Ahad ini, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menaruh harapan tinggi untuk melangkah ke final.

Pengendali KDA FC Nafuzi Zain berkata, pemainnya perlu berjuang habis-habisan dan memperagakan aksi luar biasa di tempat lawan sekiranya ingin memastikan impian ke final seperti musim 2019 dapat dicapai.

Pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, KDA FC tewas 1-2 kepada JDT di Stadium Darul Aman.

“Walaupun ketinggalan satu gol dan sedar aksi ini sangat sukar buat kami, namun kami bertekad memburu kemenangan pada aksi kedua kerana impian kami hendak ke final dan itu tidak mustahil. Kami mahu terus mencuba sepanjang 90 minit perlawanan itu.

“Apa yang kami perlu lakukan adalah mencuba dengan sebaik mungkin, gandakan lagi semua usaha yang kami lakukan pada perlawanan lalu dan perlu mengatasi kelebihan yang ada pihak lawan yang akan beraksi di laman mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu Nafuzi mahu keseluruhan jentera pasukannya kekal teguh disebalik dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi skuad kendaliannya termasuk ketiadaan tiga tonggak utama.

“Ketiadaan tiga tonggak utama itu ialah Rizal Ghazali, Sukhrob Nurullaev yang masih belum bersedia untuk beraksi akibat kecederaan dan juga penyerang Syafiq Ahmad yang tidak dapat diturunkan kerana berstatus pemain pinjaman.

“Namun saya tetap yakin dengan pemain lain yang akan menggalas tugas berat. Pemain perlu membawa bekalan semangat dan keyakinan yang cukup tinggi dalam diri,” katanya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan