Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab melawat sambil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Belawai pada Khamis. Foto FB Parlimen Tanjong Manis.

Mangsa kebakaran di Belawai terima bantuan awal

TANJUNG MANIS, 2 Ogos: Mangsa kebakaran di Kampung Belawai di sini menerima bantuan awal berupa wang tunai dan keperluan asas daripada Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab.

Yusuf yang menemui mangsa dua kediaman terjejas itu semalam berharap bantuan berkenaan dapat meringankan beban mereka.

Pada masa sama, beliau meminta semua mangsa cekal dan tabah menghadapi dugaan yang menimpa.

“Saya juga mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat membantu berusaha memadamkan kebakaran daripada terus merebak khususnya Balai Bomba Tanjung Manis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi TVS pada Khamis.

Yusuf turut menyeru masyarakat berwaspada bagi mengelak insiden berkenaan berulang kembali ekoran musim panas ketika ini.

Terdahulu, kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam itu memusnahkan dua buah rumah di Kampung Belawai, mengakibatkan seramai lima orang penghuninya hilang tempat tinggal.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan