Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MAF'24 menjanjikan pengalaman seni yang menarik, menampilkan artis-artis tempatan dan luar negara. Foto Salasiah Safian (TVS)

MAF’24 tampil 18 artis tempatan dan luar negara

BySalasiah Safian

MIRI, 2 Ogos: Miri Arts Festival 2024 (MAF’24) menampilkan 18 artis tempatan dan luar negara yang akan mempamerkan ekspresi dalam cabang seni masing-masing.

Artis berkenaan terdiri daripada MahsuriShark (Sarawak), Nadia Alsagoff (Norway), Anaz K (Kuala Lumpur), Megan Lee (Amsterdam), Tiz Zaqyah (Kuala Lumpur), Tulika Prakash (India), Habsah Abang Saufi (Sarawak), Elias Mohd (Amsterdam), Dhiya Roslan (Sarawak), Venie Tee (Kuala Lumpur), Ashly Nandong (Sarawak), M. Sahzy (Sarawak), Datin Norehan (Kuala Lumpur), Datuk Tom Abang Saufi (Sarawak), Wan Bynun (Sarawak), A. Nurhasim Hamada (Indonesia), Ali Nurazmal Yusof dan Julia Volchkova.

AX International Event and Communications Sdn Bhd berkata, festival ini menjadi satu penanda aras untuk festival seni, budaya dan komuniti yang meletakkan Miri sebagai destinasi festival utama.

“MAF’24 mempamerkan bakat-bakat tempatan dan juga luar negara yang juga akan menjadikan Miri sebagai hab pertukaran seni dan budaya.

“Kerjasama di antara MAF’24 dan MahsuriShark Gallery berjaya membawa satu inovasi baharu dalam pameran seni yang mana ia menggabungkan seni visual tradisional dan dan lukisan maya,” katanya menerusi kenyataan.

Pengunjung boleh menyaksikan gabungan teknologi termaju dan imaginasi kreatif, menekankan dedikasi Malaysia untuk memajukan seni kontemporari.

Penciptaan karya seni dan mengaitkannya dengan warisan budaya menunjukkan cara tafsiran yang pelbagai dan dapat memperkayakan pemahaman orang ramai tentang emosi yang dikongsi oleh artis seni.

MAF’24 berlangsung mulai 1 hingga 4 Ogos 2024 bertempat di Pullman Miri Waterfront.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan