Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah merakam gambar kenangan bersama-sama wakil Persatuan Silambam Sarawak di Bangunan Baitulmakmur 2 di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Impian raih dua emas bukan perkara mustahil

KUCHING, 2 Ogos: Tidak mustahil untuk pasukan silambam Sarawak meraih enam pingat termasuk dua emas pada temasya Sukan Malaysia ke-21 (SUKMA XXI) nanti.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pasukan tersebut telah melalui pelbagai fasa jatuh dan bangun sebelum ini.

Sehubungan itu menurutnya, pengalaman yang mereka ada mampu menguatkan mentaliti pemain, jurulatih dan pengurus pasukan.

Tambahnya, beliau berharap setiap pihak yang terlibat dengan sukan tersebut di Sarawak tidak berputus asa untuk memberi semangat supaya sasaran ditetapkan dapat dicapai.

“Saya percaya pasukan ini mampu merealisasikan impian mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa menerima kunjungan daripada Persatuan Silambam Sarawak di Bangunan Baitulmakmur 2 di Kuching pada Jumaat.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Silambam Sarawak Sivanesan Sanmugalingam memaklumkan persiapan pasukannya berada dalam keadaan baik termasuk kesihatan atlet.

Menurutnya, walaupun pasukan Silambam Sarawak tidak mempunyai rekod bagus dalam SUKMA namun pihaknya tetap berusaha mencapai sasaran ditetapkan.

“Jika kita meraih emas, ia merupakan peningkatan mendadak untuk pasukan kita,” ujarnya.-TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan