Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Inspektor Tie Ngie Sieng luka sepanjang empat sentimeter di tangan kiri selepas dilibas parang oleh seorang penagih dadah di Teluk Intan dekat sini semalam. Foto IPK Perak

Anggota polis putus urat dilibas parang

IPOH, 2 Ogos: Seorang anggota polis putus urat tangan kiri manakala seorang pegawai narkotik luka pada tangan kiri selepas dilibas dengan parang oleh seorang penagih dadah yang cuba ditahan di sebuah rumah di Teluk Intan dekat sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada orang awam memaklumkan seorang ahli keluarganya terbabit kegiatan penyalahgunaan dadah sebelum pasukan polis bersama pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) bergegas ke lokasi.

Katanya, semasa tiba kira-kira pukul 5.40 petang, suspek lelaki berusia 43 tahun cuba menghalang polis daripada masuk ke dalam rumah untuk membuat pemeriksaan.

“Suspek bertindak di luar kawalan apabila mengamuk menggunakan sebilah parang dan menyebabkan cermin pintu rumah pecah.

“Polis kemudian terpaksa memotong mangga kunci rumah kerana dia enggan memberikan kerjasama apabila dipujuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Azizi, ketika polis mahu memberkas suspek, berlaku pergelutan sehingga mencederakan Inspektor Tie Ngie Sieng dan Koperal Mohd Rasyidi Che Ross selain suspek hanya cedera ringan.

“Kejadian itu menyebabkan Ngie Sieng luka sepanjang 4 sentimeter pada tangan kiri dan Mohd Rasyidi juga luka selain putus urat pada pergelangan tangan kiri.

“Dia akan menjalani pembedahan bagi menyambung semula urat yang putus,” katanya lagi.

Tambah beliau, hasil serbuan berkenaan, polis menemukan kira-kira 84.72 gram (g) dadah disyaki ganja dan 5.54 g dipercayai methamphetamine, manakala suspek positif syabu hasil ujian saringan air kencing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 326, Seksyen 324 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan