Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan AFFIN melancarkan produk terbaharu, AFFIN London Home, pakej pelaburan hartanah di London dan Manchester. Foto TVS

AFFIN London Home peluang pelaburan hartanah di London

ByCheryl Syahmina Toh

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Kumpulan AFFIN hari ini melancarkan AFFIN London Home, pakej pelaburan hartanah di London dan Manchester lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, ia merupakan tawaran pelaburan yang menarik dalam pasaran hartanah di luar negara.

AFFIN London Home menawarkan peluang pelaburan hartanah di luar negara.

“AFFIN London Home, penyelesaian pembiayaan antarabangsa pertama kami, menandakan lembaran baharu dalam portfolio kami.

“Dengan menerokai pembiayaan hartanah antarabangsa, kami memperkasakan pelanggan kami untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka dan memanfaatkan pasaran hartanah yang menguntungkan di United Kingdom,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, penyelesaian inovatif ini menandakan anjakan bagi AFFIN dalam penyelesaian peminjaman dalam sektor hartanah antarabangsa.

“Dengan minat yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia untuk melabur dalam sektor hartanah di luar negara, AFFIN London Home menawarkan pelbagai ciri yang disesuaikan untuk membantu pelanggan mempelbagaikan portfolio mereka dalam pasaran hartanah United Kingdom yang dinamik,” tambah beliau.

Ciri utama AFFIN London Home termasuk, lokasi utama, had pembiayaan dan tempoh fleksibel.

AFFIN London Home menawarkan pilihan hartanah berkualiti tinggi di lokasi kediaman utama di London dan Manchester kepada pemaju hartanah Tier-A Malaysia.

Pemilihan termasuk lokasi kediaman utama yang sesuai untuk kegunaan peribadi, rumah percutian atau penginapan untuk pelajar yang belajar di luar negara.

Untuk butiran lanjut dan kriteria kelayakan, pelanggan yang berminat digalakkan boleh melayari www.AffinAlways.com. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan