Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga termasuk dua beranak rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Blok 5 di Pitas awal pagi tadi. Foto media sosial

Tiga rentung dalam kebakaran rumah di Pitas

ByBernama

PITAS, 1 Ogos: Tiga termasuk dua beranak rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Blok 5 di sini awal pagi tadi.

Abdul Malik Mad Tasin berusia 50-an, anak perempuannya Nur Adriana Qistina Abdul Malik, 11, dan seorang saudara mereka Salleh Onding berusia 60-an ditemukan rentung dalam kejadian itu.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu Rantey Fred berkata lapan anggota dari balai bomba itu bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 2.19 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 40 X 50 kaki (12.19 X15.24 meter) terbakar 100 peratus. Turut terbakar dua kenderaan jenis Perodua Kembara dan Proton Waja, terbakar 100 peratus.

“Tiga mangsa ditemukan rentung oleh pasukan bomba, manakala tiga orang lagi mangsa perempuan mengalami kecederaan ringan, dan telah dihantar ke Hospital Pitas oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 3.25 pagi sebelum operasi ditamatkan pukul 6.36 pagi, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Pitas adalah daerah yang terletak di bahagian utara Sabah, kira-kira 174 kilometer dari Kota Kinabalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan