Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi Sarawak dalam pertemuan bersama Pengerusi OCI Holdings Lee Woo Hyun, Syarikat Tenaga dan Kimia yang berpangkalan di Seoul, Korea Selatan.

Syarikat tenaga, kimia di Korea komited perluas pengeluaran di Sarawak – Awang Tengah

ByConnie Grace

KUCHING, 1 OGOS: Syarikat tenaga dan kimia yang berpangkalan di Korea Selatan, OCI Holding komited untuk memperluaskan pengeluaran di Sarawak yang berpotensi menjana pendapatan sebanyak RM3.1 bilion.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pengeluaran terbabit akan dilaksanakan menerusi pembuatan Plikristalin Silikon bagi penggunaan sistem fotovoltaik.

Justeru itu, beliau berharap agar menerusi perluasan pengeluaran terbabit akan menyediakan hampir 400 peluang pekerjaan di wilayah ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, berkata OCI Holdings adalah syarikat kimia global yang menghasilkan silikon polikristalin, hidrogen peroksida, dan bahan kimia lain.

Terdahulu, beliau mengetuai delegasi Sarawak ke Seoul, Korea Seletan bagi mengadakan pertemuan bersama Pengerusi OCI Holding , Lee Woo Hyun.

“Untuk rekod, sejak 2017, OCI Malaysia Sdn Bhd (OCIM) telah memperoleh 100 peratus saham fasiliti pengeluaran polikristalin silikon di Malaysia yang dimiliki oleh Tokuyama,” kata beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

OCIM telah melabur lebih daripada RM8 bilion di Sarawak untuk menghasilkan polikristalin bagi industri solar serta meluaskan dan mendiversifikasikan pengeluarannya dalam bahan kimia di Sarawak.

Kata Awang Tengah lagi, syarikat itu juga telah menjalin usaha sama dengan Kumho dan Tokuyama untuk menghasilkan epiklorohidrin dan polikristalin silikon gred semikonduktor, masing-masing.

“Pelaburan ini bernilai lebih daripada RM3.2 bilion, yang dijangka akan mencipta 400 pekerjaan baharu,” tambah beliau.

Dalam pertemuan itu, Pengerusi Syarikat tenaga dan Kimia Lee Woo Hyun menyatakan minat OCI Holdings untuk meneroka potensi pelaburan dalam pembangunan tenaga, terutamanya tenaga boleh diperbaharui di Sarawak melalui anak syarikatnya, OCI Energy.

Cadangan ini diterima baik oleh Awang Tengah sambil beliau menegaskan komitmen Sarawak untuk menjadi peneraju dalam tenaga hijau.

“Penyertaan mereka dalam pembangunan tenaga hijau akan meningkatkan keselamatan tenaga Sarawak sambil menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pengurusan alam sekitar,” jelas beliau.

OCI adalah syarikat global dengan fokus signifikan dalam tenaga boleh diperbaharui dan sistem penyimpanan tenaga.

Kini, OCI Energy adalah pengembang solar bebas terbesar di Texas, Amerika Syarikat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan