Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa melakukan satu sesi pembedahan. Foto Noor Hisham Abdullah (X)

Sesi pembedahan adalah ‘seni’ – Dr Noor Hisham

BySalasiah Safian

MIRI, 1 Ogos: Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan sesi pembedahan yang dilakukannya memiliki nilai seni tersendiri.

“Dulu memang saya minat dalam lukisan tetapi sebagai seorang pakar bedah, pembedahan itu adalah seni,” katanya kepada TVS di sini, pada Jumaat.

Pembedahan adalah ‘seni’ – Tan Sri Noor Hisham | TVS

Menurut beliau minat yang mendalam dalam bidang pembedahan membuatkannya menganggap kaedah pembedahan itu sebagai satu seni yang penting.

“Seni dari segi mengurangkan pendarahan, seni dari segi melihat kepada organ keselamatan dan sebagainya.

“Jadi mungkin mereka yang telah membantu saya dalam pembedahan melihat satu kesenian yang tersendiri di dalam menggunakan tangan saya dengan memberikan pembedahan yang terbaik, keselamatan yang tinggi, dan membawa pulangan yang baik juga,” katanya.

Beliau yang kini telah bersara dalam sektor kerajaan kini aktif di sektor korporat dan swasta.

Berkongsi lanjut, Dr Noor Hisham mengakui kini dirinya turut bergiat selaku penasihat kepada pelbagai pertubuhan dan organisasi untuk khidmat nasihat yang diperlukan.

“Saya adalah Pengerusi kepada Institut Jantung Negara (IJN) Sdn Bhd dan juga Pengerusi kepada Kumpulan Kesihatan UCSI dan juga Canselor University of Cyberjaya,” ujarnya lagi.

Dr Noor Hisham hari ini mengendalikan ceramah bertajuk ‘The Role of Art in Mental Health’ sempena Miri Arts Festival (MAF) di Pullman Waterfront Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan