Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa mengadakan lawatan kerja ke Pangyo Techno Valley di Seoul, Korea Selatan pada 31 Julai 2024. Foto: MINTRED

Sarawak, syarikat Korea Selatan bangun model perusahaan bantu PKS – Awang Tengah

ByAmirah Shawel

KUCHING, 1 Ogos: Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan syarikat pemangkin usahawan Korea Selatan, Gyeonggido Business and Science Accelerator (GBSA) bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) wilayah ini.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan, kerjasama itu adalah bagi membangunkan model inovatif mampan untuk dimanfaat sektor perusahaan tempatan.

Perkara itu direalisasikan semasa lawatan kerja Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ke Pangyo Techno Valley di Seoul, Korea Selatan pada Rabu.

“Lawatan ini berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan GBSA untuk membangunkan model inovatif yang mampan untuk syarikat permulaan dan perusahaan kecil dan sederhana di Sarawak,” kata beliau menerusi kenyataan.

Menurut Awang Tengah, Pangyo Techno Valley yang dikenali sebagai lembah silikon serta hab teknologi dan inovasi negara itu, diuruskan oleh syarikat berkenaan.

GBSA ialah sebuah agensi yang ditubuhkan Kerajaan Wilayah Gyeonggi pada 1997 untuk mengurus dan meningkatkan daya saing perusahaan kecil dan sederhana dalam penyelidikan dan mempromosikan teknologi dalam sains dan industri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan