Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh ketika ditemu bual dalam program bual bicara Dialog TVS pada Khamis.

Sarawak Delta Geopark bakal diwarta di bawah UNESCO – Len Talif

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 1 Ogos: Kerajaan Sarawak berhasrat mewartakan Sarawak Delta Geopark sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata cadangan itu dibuat susulan pengiktirafan Kompleks Gua Taman Negara Niah di Miri sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia terbaharu UNESCO.

Menurut Len, perancangan berkenaan merupakan pelan hala tuju jangka panjang kementeriannya yang giat mengenal pasti potensi kawasan di seluruh wilayah ini untuk disenaraikan di bawah UNESCO.

“Sarawak Delta Geopark akan dibincang untuk diangkat (sebagai tapak warisan dunia) dalam tahun 2026.

“Setelah balik dari India, saya telah mengarahkan pegawai-pegawai dalam rombongan berkenaan, untuk menyediakan ‘roadmap’ (atau pelan hala tuju) untuk mengenal pasti kawasan-kawasan di Sarawak ini yang mempunyai unsur-unsur yang boleh dimasukkan dalam senarai berkenaan.

“Terutama sekali dalam kategori alam semula jadi kerana kita mempunyai lebih daripada 60 kawasan taman negara, tempat perlindungan, tempat perlindungan haiwan liar dan juga rizab semula jadi yang mempunyai keunikannya tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program bual bicara Dialog TVS, pada Khamis.

Walaubagaimanapun, beliau mendedahkan pelaksanaan pelan hala tuju berkenaan akan memakan sedikit masa berhubung setiap negara hanya boleh menyenaraikan tidak lebih daripada dua kawasan untuk dicalonkan di bawah pengiktirafan UNESCO.

“Insya-Allah, ia akan mengambil masa yang panjang, tapi tak mengapa, tidak ada masalah pun.

:Sekurang-kurangnya kita sudah mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk generasi-generasi akan datang kerana kalau kita lihat Taj Mahal, ia disenaraikan dalam tahun 1983, iaitu hampir 41 tahun yang lepas, bermakna tindakan-tindakan awal sudah dibuat sebelum itu,” jelasnya.

Terdahulu, pada 27 Julai lalu, Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia di bawah UNESCO.

Pencapaian membanggakan itu diumumkan Len Talif yang mengetuai delegasi Sarawak ke New Delhi, India pada Mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO ke-46 baru-baru ini.

Pengiktirafan itu menjadikan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan kedua di Sarawak yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia selepas Taman Negara Gunung Mulu iaitu pada tahun 2000.

Saksikan rakaman penuh Dialog TVS bersama Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh yang berkongsi rancangan dan strategi Sarawak dalam mengangkat tapak warisan negeri di mata dunia pada 3 September nanti, jam 8.45 malam, hanya di TVS, saluran 122. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan