Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil ketika sidang media di Kementeriannya hari ini. Foto Bernama

Saji minuman kurang gula dalam acara anjuran kerajaan – Fahmi

ByBernama

PUTRAJAYA, 1 Ogos: Bagi mempromosi gaya hidup sihat, Jemaah Menteri memutuskan penggunaan gula dalam minuman yang disediakan di semua acara anjuran kerajaan dikurangkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa hari ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata keputusan itu diambil selepas laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023 mendapati satu daripada enam orang atau 15.5 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia didiagnoskan sebagai penghidap diabetes.

“Semua minuman akan disediakan secara gula tidak dimasukkan. Jadi kita akan kurangkan penggunaan gula. Biar manis di senyuman bukan dalam minuman.
“Ini adalah keputusan Jemaah Menteri untuk mewujudkan satu suasana yang lebih sihat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Tinjauan juga menunjukkan kumpulan rakyat tertinggi yang menghidap penyakit tidak berjangkit itu berusia 60 tahun dan ke atas iaitu sebanyak 38 peratus diikuti usia 50 hingga 59 tahun (28.8 peratus), usia 40 hingga 49 tahun (15.2 peratus), 30 hingga 39 tahun (6.5) dan 18 hingga 29 tahun (3.2). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan