Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn ketika berucap pada Majlis Penutupan Kursus Asas Program Dwibahasa Tahun Lima 2024 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Program Dwibahasa memperkukuh tahap penguasaan bahasa pelajar

KUCHING, 1 Ogos: Pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) di Sarawak merupakan satu langkah progresif dalam memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia selain meningkatkan serta mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, khasnya di peringkat sekolah rendah.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, selain memantapkan kemahiran berbahasa, program DLP ini akan membantu memangkin minat serta penguasaan pelajar terutama dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk jangka masa panjang.

“Kita menggalas tanggungjawab serta amanah bersama, sama ada kita berada di pihak kementerian, jabatan pendidikan negeri serta guru, terutama yang melibatkan kluster pendidikan dan modal insan.

“Kita mahu memastikan penglibatan serta pendaftaran sejumlah 60 peratus pelajar dalam bidang berkaitan STEM dan pada masa yang sama memupuk serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi seramai 30 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Kursus Asas Program Dwibahasa (DLP) Tahun Lima 2024 di Kuching pada Khamis.

Seramai 130 peserta terdiri daripada guru dari daerah Lundu, Bau, Kuching, Kota Samarahan dan Serian menyertai kursus yang diadakan bermula dari 29 Julai hingga 1 Ogos 2024 ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis dan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Siti Zulaiha Ibrahim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan