Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aaron-Wooi Yik muncul naib juara Kumpulan A di belakang beregu nombor satu dunia Wei Keng-Chang yang menewaskan mereka 22-24, 14-21 pada Selasa. Foto AFP

Paris 2024: Aaron-Wooi Yik hadapi laluan berliku di suku akhir

ByBernama

PARIS, 1 Ogos: Beregu utama lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal mengharungi laluan berliku di pentas suku akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 apabila diundi menentang jaguh India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, hari ini.

Meskipun memiliki rekod lapan kemenangan ke atas beregu nombor lima dunia dalam 11 pertemuan sebelum ini namun wakil India itu berjaya mengatasi Aaron-Wooi Yik dengan straight sets pada tiga pertemuan terakhir iaitu di Terbuka Indonesia 2023, Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Terbuka India Januari lalu.

Sekiranya mampu melepasi halangan hari ini, Aaron-Wooi Yik bakal mengharungi satu lagi cabaran sengit menentang pilihan utama dari China Liang Wei Keng-Wang Chang.

Beregu China itu diundi menentang gandingan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto bagi pusingan suku akhir.

Sementara itu, juara bertahan Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan akan bertemu wakil Thailand Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren manakala beregu nombor dua dunia Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark mencabar juara dunia 2023 dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.

Aaron-Wooi Yik muncul naib juara Kumpulan A di belakang beregu nombor satu dunia Wei Keng-Chang yang menewaskan mereka 22-24, 14-21 pada Selasa.

Sebelum itu beregu negara itu memulakan kempen dengan menewaskan beregu nombor 18 dunia dari Great Britain Ben Lane-Sean Vendy 19-21, 21-16, 21-11 sebelum mengesahkan tiket suku akhir dengan menyingkirkan wakil Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura 21-10, 21-15. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan