Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjawab soalan berkaita e-invois di Dewan Negara, hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

MyInvois: Kerajaan pastikan keselamatan data pengguna terjamin

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memastikan data dalam sistem e-invois yang mula dilaksanakan hari ini sentiasa terjamin keselamatannya.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini melibatkan pematuhan terhadap Dasar Keselamatan ICT LHDN dan Garis Panduan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan Dalam Perkhidmatan Awam serta Dasar, Pekeliling dan Garis Panduan berkaitan keselamatan ICT kerajaan.

Kata beliau, LHDN juga akan mematuhi piawaian antarabangsa melalui pensijilan seperti Information Security Management System dan Business Continuity Management System.

“Bagi melindungi data e-invois daripada capaian, pengubahsuaian, kehilangan atau pendedahan yang tidak dibenarkan, LHDN akan melaksanakan langkah-langkah keselamatan siber sejajar dengan piawaian industri termasuk pengesahan, kawalan capaian dan sebagainya,” katanya di Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyanan Senator Datuk Noraini Idris yang meminta kementerian tersebut menyatakan kesiapsiagaan menangani risiko keselamatan dan ancaman siber seperti penggodaman dan pelanggaran data penggunaan.

LHDN semalam telah melancarkan MyInvois melalui pelaksanaan e-invois untuk memperkukuhkan sistem percukaian negara, meningkatkan ketelusan dan membuat penilaian risiko pematuhan lebih tepat.

E-invois akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan 5,000 syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan