Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Luar Negara Indonesia (Kemlu) mengeluarkan kenyataan mengecam pembunuhan Ismail Haniyeh. Foto David Andreas (TVS)

Indonesia sifatkan pembunuhan Ismail Haniyeh tingkatkan konflik, provokasi

ByTVS

JAKARTA, 1 Ogos: Indonesia turut mengecam pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran pada 31 Julai 2024.

Kementerian Luar Negeri (Kemlu) Indonesia menerusi kenyataan rasmi hari ini menegaskan pembunuhan pemimpin itu merupakan tindakan provokasi.

“Ia adalah tindakan provokatif yang boleh meningkatkan konflik di rantau itu dan menggagalkan rundingan yang sedang berjalan,” kata kenyataan terbabit.

Bukan itu sahaja, beberapa pertubuhan Islam di Indonesia turut mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas seperti Muhammadiyah.

Selain itu, Pengerusi Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Syafiq Mughni menerusi satu kenyataan meyakini pemimpin baharu bakal muncul untuk meneruskan perjuangan Ismail Haniyeh demi kemerdekaan dan kedaulatan negara Palestin.

“Kami mengecam pembunuhan itu, kerana ia akan menggagalkan usaha keamanan dunia dan kami percaya akan ada pemimpin baharu yang akan meneruskan perjuangannya,” katanya.

Kenyataan berkenaan juga mendedahkan beberapa langkah akan diambil bagi memperkasakan perjuangan menghapuskan penjajahan dan keamanan di bumi khususnya di Timur Tengah yang akan menjadi lebih sukar selepas pembunuhan itu berlaku.

Muhammadiyah juga berharap proses ke arah keamanan dan keadilan diteruskan oleh pejuang yang menggantikannya sambil menggesa masyarakat dunia bersatu menentang segala bentuk penjajahan, penjajahan, dan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Difahamkan Ismail Haniyeh meninggal dunia akibat serangan peluru berpandu ke arah kediamannya selepas Haniyeh menghadiri selepas menghadiri majlis perasmian Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan