Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat memindahkan penduduk yang terjejas banjir berikutan hujan lebat akibat Taufan Gaemi di Zixing, di wilayah Hunan tengah China. Foto AFP

Hujan lebat jejas 1.2 juta orang di Hunan China, usaha menyelamat sedang dijalankan

ByBernama

CHANGSHA, 1 Ogos: Setakat 7 pagi Khamis, hujan lebat menjejaskan lebih 1.2 juta penduduk di Wilayah Hunan, tengah China. Pelbagai sumber telah digerakkan untuk usaha menyelamat dan bantuan.

Ibu pejabat kawalan banjir dan bantuan kemarau wilayah berkata pada Khamis bahawa kawasan tanaman yang rosak akibat Taufan Gaemi telah mencecah 127,000 hektar dan 96,500 orang telah dipindahkan dengan selamat, lapor Xinhua.

Sehingga Rabu, pusat penyelamat kecemasan penerbangan wilayah mengerahkan empat helikopter untuk menyertai operasi menyelamat di Bandar Zixing, satu daripada kawasan yang terjejas teruk akibat hujan. Sebanyak 258 penerbangan telah dijalankan, mengangkut kira-kira 73 tan bekalan dan memindahkan 92 individu yang cedera dan wanita hamil.

Pada masa ini, wilayah itu terus mengekalkan tindak balas kecemasan Tahap II untuk banjir dan tindak balas kecemasan Tahap III untuk bencana geologi. Pasukan penyelamat masih bekerja tanpa henti untuk menangani kesan berterusan Taufan Gaemi.

China mempunyai sistem tindak balas kecemasan empat peringkat untuk kawalan banjir dan bencana geologi, dengan Tahap I sebagai tindak balas paling mendesak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan