Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam daripada sepuluh rakyat Malaysia berpendapat mereka memahami kecerdasan buatan (AI) dengan baik dan menjangkakan teknologi itu akan membawa perubahan ketara dalam kehidupan mereka. Foto hiasan Envato

Enam daripada 10 rakyat Malaysia memahami AI dengan baik – Kajian Ipsos Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Kajian terbaharu oleh Ipsos Malaysia menunjukkan enam daripada sepuluh rakyat Malaysia berpendapat mereka memahami kecerdasan buatan (AI) dengan baik dan menjangkakan teknologi itu akan membawa perubahan ketara dalam kehidupan mereka.

Meskipun terdapat kebimbangan mengenai kehilangan pekerjaan, ramai rakyat Malaysia masih optimis bahawa AI akan memberikan impak positif terhadap ekonomi dan memudahkan pekerjaan mereka.

“Rakyat Malaysia menjangkakan AI bakal mencetuskan perubahan ketara pada kehidupan. Mereka khuatir, tetapi pada masa sama turut teruja,” menurut kajian itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ipsos Malaysia Sdn Bhd Arun Menon dan Pengurus Penyelidikannya Atticus Poon dalam kenyataan bersama berkata evolusi pesat platform AI generatif dalam beberapa tahun kebelakangan ini memulakan era baharu dalam bidang AI, yang membawa perubahan ketara kepada kehidupan dan perniagaan di seluruh dunia.

Mereka berkata tinjauan yang dilakukan di 32 negara mendapati dua daripada tiga orang di seluruh dunia menganggap memahami AI dengan baik.

Di Malaysia kadar tersebut adalah lebih rendah berbanding negara jiran di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, dan Singapura.

“Secara keseluruhan kadar penerimaan AI dalam kalangan individu, perniagaan dan kerajaan menimbulkan beberapa persoalan mengenai pasaran pekerjaan serta aspek kawal selia yang ada sekarang,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan