Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Eksport durian segar ke China dengan laluan udara

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 1 Ogos: Pengangkutan udara dikenal pasti sebagai alternatif terbaik bagi mengeksport durian segar dari negara ini ke China yang dijadual bermula pada suku ketiga tahun ini, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu berkata, laluan berkenaan membolehkan ia sampai ke destinasi dengan lebih cepat berbanding laluan laut sekali gus memastikan ia kekal segar.

“Kita (Malaysia sudah lama eksport ke antarabangsa, cuma eksport durian segar ini memerlukan kecepatan bagi memastikan ia bermutu tinggi. Kita sedang laksanakan supaya dapat dieksport melihat kepada permintaan yang begitu tinggi terutama ke China.

“Durian segar ini perlu dibawa menggunakan laluan udara supaya dalam masa beberapa jam boleh sampai, kita lihat ini merupakan perniagaan yang baharu muncul di Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi memaklumkan, pengeksportan pertama durian segar ke China dijangka bermula pada Oktober melibatkan antara 500 ke 1,000 metrik tan bekalan.

Beliau menjelaskan, anggaran itu mengambil kira kemampuan bekalan durian sedia ada memandangkan musim buah yang sudah berada di penghujung. – TVS

Tags: eksport, KPKM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan