Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari menyempurnakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Sempena Memperingati Hari Bandaraya Kuching Ke - 36 di Perkarangan Dewan Bandaraya Kuching Selatan, Jalan Padungan Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak bakal bina dua loji rawatan termal dibina di zon utara, selatan – Abang Johari

ByAdlina Rahman

KUCHING, 1 Ogos: Kerajaan Sarawak bakal membina dua loji rawatan termal (insinerator) sebagai alternatif dalam melupuskan sisa pepejal dan sampah yang tidak boleh dikitar semula untuk ditransformasikan menjadi tenaga boleh diperbaharui.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengurusan sisa buangan seperti komponen elektrik berpotensi untuk dijadikan sumber ekonomi baharu untuk wilayah ini.

Sarawak bakal bina loji insinerator, urus sisa pepejal | TVS

Beliau meyakini usaha pembinaan dua loji berkenaan akan memantapkan lagi pengurusan sisa buangan di negeri ini yang semakin meningkat berikutan populasi dan kehadiran pengunjung bertambah.

Abang Johari mendedahkan cadangan bagi membina dua loji itu melibatkan dua zon iaitu di bahagian zon utara dan selatan Sarawak.

“Untuk menggunakan loji rawatan termal ini, ia memerlukan isi padu sampah yang banyak. Kalau di Kuching hanya 700 tan sehari. Apa yang kita nak adalah mempunyai jumlah isi padu yang memadai dan kita akan kumpul dari Kuching ke Samarahan, Serian, Sri Aman hingga Betong.

“Bagi bahagian utara pula kita mempunyai sisa buangan termasuk sisa buangan pepejal di kawasan perindustrian di Samalaju dan Kidurong. Jadi ini bermakna (ia akan merangkumi) Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri hingga ke Limbang,” jelas Abang Johari.

Beliau menambah dua loji itu akan ditempatkan di zon tengah bagi memudahkan pengumpulan sisa buangan daripada zon itu.

Mengulas lanjut, Abang Johari menyatakan bagi merealisasikan hasrat itu, Economic Planning Unit (EPU) Sarawak bakal menjalankan kajian menerusi jawatankuasa yang terdiri daripada pakar alam sekitar, pakar tanah dan lain-lain.

“Walaupun Jepun dan Cina memiliki modelnya sendiri, tetapi saya melihat kepada model Sweden yang lebih relevan kerana memiliki populasi dan keadaanya yang serupa dengan kita (Sarawak). Sweden menjual tenaga hasil daripada sisa buangan dan mereka turut mengimport sisa buangan untuk dikitar semula,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita selepas menyempurnakan Majlis Ulang Tahun Bandaraya Kuching ke-36 di sini, hari ini.

Menurut beliau kos bagi membangunkan dua loji berkenaan bakal dijalankan seterusnya fasaliti berkenaan dijangka siap pada suku pertama atau hujung tahun hadapan.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni serta Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmi Othman dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan