Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek melawat sekolah daif di Sarawak tahun lepas. Foto, Facebook Fadhlina Sidek.

Dewan Negara: RM50 juta disalurkan kepada Sarawak untuk selenggara sekolah daif tahun ini

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Sarawak telah menerima peruntukan berjumlah RM50 juta untuk penyelenggaraan sekolah daif pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, peruntukan itu telah disalurkan pada Jun lepas.

“Projek penyelenggaraan akan dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kerajaan Sarawak.

“Ini adalah sedikit sebanyak yang dapat kita lakukan (untuk atasi masalah sekolah daif di Sarawak),” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Pele Peter Tinggom yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan pecahan peruntukan mengikut negeri yang telah disalurkan untuk menyelesaikan masalah sekolah daif dan peratusan sekolah yang telah dibaiki tahun ini.

Sementara itu Kah Woh memaklukam bagi program-program naik tarf sekolah daif berskala enam tahun ini dan tahun 2025, KPM turut menyediakan RM150 juta bagi tujuan penyelenggaraan.

“Ini merupakan sesuatu peruntukan tambahan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM15 juta disalurkan pada tahun ini dan kita harap setiap sekolah mendapat RM1 juta untuk penyelenggaraan manakala baki RM135 juta lagi adalah untuk tahun hadapan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan sejak 2016 sehingga 2024, sebanyak 1,075 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan dengan kos projek berjumlah RM8.395 bilion. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan