Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Lukanisman Awang Sauni menjawab soalan berkaitan klinik kesihatan daif di Dewan Negara hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: RM150 juta diluluskan naik taraf 403 klinik daif seluruh negara – Lukanisman

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan peruntukan RM150 juta untuk menaik taraf sebanyak 403 fasiliti klinik daif di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, usaha itu dilakukan menerusi inisiatif Pulih dan Naik Taraf Klinik/Fasiliti Kesihatan Daif KKM.

“Sehingga 1 Julai 2024, sebanyak 81 projek (20.1 peratus) telah berjaya disiapkan manakala 319 projek (79.2 peratus) dalam pelaksanaan dan tiga projek atau 0.7 peratus masih dalam fasa pra pelaksanaan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Aziz Ariffin yang ingin tahu langkah diambil oleh KKM bagi memastikan setiap aset kesihatan diselenggara dengan baik dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat serta jumlah klinik kesihatan daif yang telah dikenal pasti.

Mengulas lanjut Lukanisman berkata, sebanyak 201 buah klinik kesihatan terpilih di seluruh negara dilaksanakan penyelenggaraan di bawah Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK) dengan kontrak selama lima tahun bermula 2022 hingga 2027 dengan kos tahunan sebanyak RM137 juta.

Pada masa sama ujarnya, KKM telah melantik syarikat konsesi di bawah program Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di hospital dan program Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET) di klinik KKM untuk melaksanakan penyelenggaraan secara komprehensif.

“Pelaksanaan program PSH ini melibatkan 148 buah hospital KKM seluruh negara manakala pelaksanaan program MEET pula melibatkan semua klinik kesihatan dan pergigian di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan