Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Laluan pejalan kaki berhampiran KLCC antara yang menjadi tumpuan penjaja asing tanpa permit menjalankan perniagaan. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Dewan Negara: PBT sita perniagaan warga asing tanpa permit di kawasan pelancongan popular

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Dewan Negara dimaklumkan penjaja dilarang beroperasi di kaki lima, kawasan tangga atau tempat awam yang berturap kecuali mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, PBT telah meningkatkan rondaan serta mengenakan tindakan notis dan kompaun terhadap peniaga yang melakukan kesalahan itu.

Tambah beliau, sehingga 30 Jun 2024, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima sebanyak 879 aduan awam berkaitan peniaga yang menghalang laluan pejalan kaki.

“Sebanyak 1,047 operasi penguatkuasaan telah dijalankan (yang menyaksikan) 1,720 notis amaran dan 7,891 kompaun telah dikeluarkan.

“(PBT juga melakukan sebanyak) 339 sitaan terhadap peniaga yang didapati melakukan kesalahan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu beliau turut memaklumkan PBT boleh membatalkan permit jika peniaga melanggar syarat-syarat ditetapkan.

“Peniaga yang disabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM500 dan tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berulang,” katanya.

Dalam pada itu, PBT turut memantau kegiatan peniaga warga asing di seluruh negara bagi menjaga kebersihan persekitaran, keselamatan pengguna serta imej negara terutamanya di kawasan tumpuan pelancong.

“PBT juga terlibat dalam operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mengawal kebanjiran penjaja warga asing di lokasi awam,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan