Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Negara dimaklumkan lebih 400 pengadu lelaki tampil membuat aduan selepas menjadi mangsa gangguan seksual. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Lebih 400 lelaki buat aduan terima gangguan seksual

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Lebih 400 aduan gangguan seksual diterima daripada pengadu lelaki menerusi Program Jerayawara Kasih yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun lepas.

Timbalan Menteri di KPWKM Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, majoriti mangsa datang ke Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) untuk mendapatkan sokongan emosi.

Jelas beliau kementerian menerusi Yayasan Kebajikan Negara menyediakan PSSS sebagai pusat rujukan sosial yang menawarkan perkhidmatan bimbingan, kaunseling dan sokongan emosi untuk menangani isu-isu psikososial termasuk gangguan seksual.

“Berdasarkan statistik laporan yang diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula sejak 2019 hingga 2023, bilangan kes gangguan seksual yang dilaporkan melibatkan mangsa lelaki adalah seramai 484 atau bersamaan 6.3 peratus,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Noraini menjawab pertanyaan Senator Dato Dr Azman Azha Abu Hanifah yang ingin tahu sama ada jumlah lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual semakin membimbangkan berbanding wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu Noraini memaklumkan Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) sentiasa aktif memberi pendedahan kepada orang awam melalui pelbagai forum mengenai fungsi dan peranannya sejak mula beroperasi pada 8 Mac lalu.

Kata beliau ekoran pendedahan itu, masyarakat terutama di kalangan lelaki mula berani tampil ke depan untuk membuat aduan berbanding sebelum ini.

“Sehingga Julai 2024, sebanyak lima aduan gangguan seksual telah diterima oleh TAGS dengan semua aduan melibatkan mangsa perempuan.

“Kementerian juga sedang dalam proses membangunkan e-Tribunal yang membolehkan mangsa membuat aduan secara dalam talian dan dijangka bakal beroperasi pada tahun 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan