Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Negara dimaklumkan sebanyakDewan Negara: 82,101 unit rumah terbengkalai berjaya dipulihkan. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: 82,101 unit rumah terbengkalai berjaya dipulihkan

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) berjaya memulihkan sebanyak 704 projek swasta sakit dan terbengkalai.

Menterinya Nga Kor Ming berkata, ia melibatkan 82,101 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM58.94 bilion semenjak ditubuhkan pada Disember 2022 lalu.

Kata beliau, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-peraturan (Akta 118) yang sedang berkuat kuasa telah memperuntukkan bahawa bagi mana-mana projek perumahan swasta yang terbiar dan tidak disiapkan dalam tempoh mengikut perjanjian jual beli boleh diisytiharkan terbengkalai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengikut Seksyen 11(1)(ca) Akta 118.

“Ini menunjukan keberkesanan dalam pelaksanaan polisi sedia ada ini dan KPKT akan terus mengambil tindakan penambahbaikan supaya dapat mengurangkan projek-projek yang bermasalah seterusnya menyasarkan tiada lagi projek perumahan terbengkalai menjelang 2030,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Dr Ahmad Azam Hamzah mengenai keberkesanan polisi dan undang-undang sedia ada dalam menangani isu bangunan tinggal dan projek terbengkalai serta adakah terdapat cadangan untuk penambahbaikan.

Sehubungan itu, Kor Ming berkata pihaknya sedang memperhalusi Akta 118 untuk memperkukuhkan tindakan dan kawalan yang lebih baik sebagai pencegahan awal serta tindakan jangka panjang bagi memastikan tiada lagi projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai.

Ujarnya, KPKT berusaha mengimbangi di antara keperluan menyediakan perumahan mampu milik dengan pengurusan projek perumahan yang diisytiharkan sakit atau terbengkalai yang boleh memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan